Tropika Beauty - Produk Berasaskan Minyak Kelapa Dara

Natural Baby Skin Care merupakan sub-stokis Tropika Beauty, yang membekalkan produk keluaran Tropika Beauty yang berasaskan Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil (VCO). Semulajadi dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia merbahaya. Sesuai untuk kulit lembut dan sensitif, khasnya kulit bayi.

Kepada para ibu bapa yang mencari penyelesaian kepada masalah kulit bayi sensitif, ruam, eczema dan lain-lain seumpamanya, jawapannya akan anda temui di sini.

Konsultansi percuma akan diberikan selepas anda membuat pembelian dengan kami. 

*Pertanyaan
Hubungi kami di naturalbabyskincare@gmail.com atau sms/Whatsapp ke  019 777 1882 (Fairus) / 013 390 6433 (Liza). Untuk maklumat terkini, sila LIKE facebook page kami Natural Baby Skin Care - Tropika Beauty.

Natural Baby Skin Care - Tropika Beauty Copyright©

Mengenali Masalah Kulit Bayi

Kulit bayi yang halus dan lembut mudah dihinggapi pelbagai penyakit kulit, yang kadang kala mengundang bahaya jika tidak dirawat atau dijaga dengan betul.

Masalah sebegini menimbulkan kerisauan dikalangan ibu bapa. Kebiasaannya, ibu bapa akan bertemu dengan doktor atau pakar kulit untuk rawatan dan penyelesaian. Tak kurang juga ramai yang terus ke kaunter farmasi untuk membeli ubat tanpa nasihat dan bimbingan dari doktor atau pakar.



Antara masalah kulit yang biasa menyerang bayi dan kanak-kanak adalah: 

Ruam Panas
Berpunca daripada cuaca panas yang menutup pori-pori bayi. Apabila dibiarkan secara berterusan, maka kulit bayi akan terjejas dan timbul bintik-bintik merah seakan-akan jerawat. Apabila suhu semakin meningkat, kulit bayi akan lebih terjejas dan menimbulkan rasa rimas kepada bayi.

Rawatan atau Penyelesaian
Elakkan memakaikan bayi pakaian yang tebal. Pilih pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan suhu tempat tinggal anda. Untuk mereka yang tinggal di negara atau kawasan yang panas, pilihlah pakaian bayi anda dari material kapas sebagi alternatif utama berbanding nilon atau poliester. Kain kapas membantu pengudaraan yang lebih baik. Pastikan bayi anda berada di persekitaran yang selesa dan bersuhu yang sesuai.


Ruam Lampin
Ruam ini seringkali bermula sebagai radang di sekitar punggung atau kemaluan bayi, apabila kawasan ini dibiar terlalu lama dengan lampin yang kotor kerana najis atau pun air kencing. Ini kerana, najis tersebut mengandungi kuman atau bakteria punca radang. Kadangkala, kawasan yang lembab dan basah selepas cucian, dan tidak dikeringkan dengan betul juga boleh menjadi punca ruam lampin.

Rawatan atau Penyelesaian
Tukar lampin bayi sekerap yang mungkin. Cuci dengan sabun atau antiseptik pembunuh kuman atau bakteria. Hati-hati memilih sabun kerana sabuh berbuih banyak mungkin agak `kasar` atau `tajam` pada permukaan mulit bayi yang halus. Pilih sabun yang berbuih `halus` atau `lembut` untuk kulit bayi. Lap dengan kering dan perlahan-lahan kawasan yang terkena ruam. Gunakan krim, `balm`, minyak yang sesuai untuk masalah ruam lampin dan kulit bayi sebelum dipakaikan lampin baru. Sebaiknya,jika bayi menghadapi masalah ini, sekali sekala, biarkan bayi seketika tanpa lampin. Tetapi pastikan anda meletakkan bayi di atas alas, kalis air sebelum berbuat demikian.


Ruam Susu
Ialah bintik-bintik putih yang sering muncul di muka, leher dan atas dada bayi.

Rawatan atau Penyelesaian
Tiada apa yang perlu dibimbangkan, kerana ia tidak memudaratkan dan akan hilang sendiri selepas beberapa lama.


Ekzema
Punca ekzema adalah dermatitis pada kulit bayi yang mana ianya merah dan gatal, dan akhirnya akan menghasilkan bintik2 merah yang bengkak dan berair apabila digaru. Keadaan ini biasanya menjangkiti kawasan tangan, kaki, pipi, pelipat mata, siku, lutut.

Rawatan atau Penyelesaian
Tiada kaedah rawatan yang spesifik. Apa yang boleh dilakukan adalah mengawal dan menjaga keadaan kulit dengan produk yang sesuai.


Alahan (Allergic)
Timbul kemerahan pada kulit, disertai rasa gatal yang tiba-tiba. Keadaan ini mungkin berpunca dari makanan, perubahan cuaca, persekitaran, pengambilan ubat, binatang peliharaan atau gigitan serangga.

Rawatan atau Penyelesaian
Kebiasaan ibu bapa akan menggunakan krim alahan untuk menghilangkan rasa gatal. Sesetengah alahan memerlukan pengambilan ubat-ubatan secara suntikan atau dimakan. Gatal-gatal yang timbul akibat alahan ini, sebaik2nya jangan digaru kerana ia akan meninggalkan bekas hitam atau parut. Sapukan krim phenergan atau salap yang mengandungi kostikosteroid untuk mencegah hiperpigmentasi (bintik hitam) pada kulit bayi. Tetapi ibu bapa harus lah beringat, krim-krim jenis ini mengandungi steroid yang boleh menipiskan kulit bayi yang halus dan sensitif.

Kebanyakan rawatan bagi masalah kulit di atas, menggunakan krim farmasi yang mengandungi steroid dan ia boleh menipiskan kulit. Bagi yang amat mementingkan keberkesanan rawatan dan inginkan produk yang tiada kandungan bahan kimia berbahaya. Boleh lah menggunakan produk keluaran Tropika Beauty.

Gabungan Sabun Bayi (Baby Soap - Lavender) dan Baby Hair and Body Oil - Lavender, dengan izin Allah akan membuahkan hasil yang dikehendaki, apabila digunakan dengan betul. Berasaskan minyak kelapa dara atau virgin coconut oil (VCO), kedua-dua produk ini tidak mengandungi steroid dan selamat untuk kulit bayi yang sensitif. Diadun dengan pati minyak lavender tulin yang tinggi kandungan anti-oksidan, penggunaan berterusan akan merangsang emosi bayi, supaya bayi lebih tenang dan dapat tidur dengan lebih lena.

*Konsultansi percuma akan diberikan selepas anda membuat pembelian dengan kami. 

*Pertanyaan
Hubungi kami di naturalbabyskincare@gmail.com atau sms/Whatsapp ke  019 777 1882 (Fairus) / 013 390 6433 (Liza). Untuk maklumat terkini, sila LIKE facebook page kami Natural Baby Skin Care - Tropika Beauty.




Natural Baby Skin Care - Tropika Beauty Copyright©